Saturday, May 10, 2008

Painting An Image On The Glass Bottle

Kita mungkin telah terlalu banyak mengguna pakai sumber-sumber alam dalam kehidupan seharian kita. Sehingga kita lupa bahawa suatu ketika nanti sumber-sumber ini akan semakin berkurangan. Sebagai contoh, kayu-kayan, bahan-bahan fossil (minyak) dan sebagainya. Maka , sebelum sumber-sumber tersebut semakin berkurangan ataupun pupus sama sekali , mulai dari sekarang marilah kita sama-sama memikirkan cara yang paling mudah dan paling mampu untuk kita laksanakan dalam memastikan supaya sumber-sumber akan sentiasa dapat digunakan secara lestari. Amalkanlah sikap ...5R RE-THINK, REPAIR, REDUCE, RE-USE, REYCLE (sekarang dah tukar jadi 3R sahaja).

Pada hakikatnya, kadang-kadang kita menggunakan sumber alam lebih dari apa yang kita perlukan. Kita gali tanah sana-sini, runtuh gunung-ganang dan bukit-bukau, luaskan hutan belantara dan terokai dasar laut semata-mata untuk memenuhi keperluan, memartabatkan syarikat, melaung-laungkan pembangunan dan kemajuan. 'Doesn't mean to against the development and modernization' but only to remind myself about some people paradigm toward future.

Panduan Melukis Permukaan Botol Kaca

Langkah 1.
Pilihlah botol kaca yan sesuai, saiz dan bentuknya. Kemudian bersihkan permukaan botol tersebut dari kesan minyak. Ini untuk memastikan bahan media (poster color) atau (warna air) yang digunakan dapat melekatkan dengan sempurna semasa melakukan tacapan.



(imej bunga orkid)





Langkah 2.
Bagi sesiapa yang kurang mahir atau tiada idea dalam bab melukis imej haiwan, pokok, bunga-bungaan, kartun dan sebagainya, bolehlah semak pada mana-mana gambar dari buku. Cara ini lebih memudahkan kita untuk melukis imej yang lebih baik. Walau bagaimana pun imej adalah tertakluk pada kreativiti masing-masing.



(imej ularsesuai atas bekas botol minuman keras)









Langkah 3.
Pastikan bahan warna yang digunakan tidak terlalu cair atau gunakan tanpa air, biarkan pekat sahaja. Tujuannya adalah supaya warna tersebut mudah melekat pada permukaan botol.


(imej burung bertenggek diatas dahan kayu)











Langkah 4.
Mulalah membuat tacapan. Lakukan tacapan dengan perlahan-lahan. Jangan peduli akan kesalahan tacapan, kerana media atau bahan warna yang digunakan mudah untuk dipadamkan. Hanya gunakan tisu atau kain basah sahaja.



(imej rama-rama diatas bekas botol Nescafe)








Langkah 5.
Apabila kerja melukis imej atas botol sudah siap dan berpuashati dengan hasilnya, kemudian biarkan ianya kering untuk beberapa jam (jangan jemur dalam panas) atau dibiarkan semalaman.





(imej bunga tulip pada bekas botol jem)










Langkah 6.
Bila warna tersebut benar-benar sudah kering bolehlah memulakan proses menyembur keseluruhan kawasan yang dilukis atas permukaan botol tersebut menggunakan 'clear spray paint'. Tujuan menggunakan clear spray ini adalah untuk mengukuhkan lagi lukis tersebut supaya tidak mudah luntur atau terhakis.




(imej burung magpie diatas dahan kayu)





Langkah 7.
Jika anda kurang mahir dalam hal menggunakan cat semburan, minta bantuan seseorang untuk melakukannya. Takut nanti, jika kerja menyembur tidak dilkukan dengan sempurna, ianya akan menyebabkan kesan lelehan dan tidak rata pada lukisan anda. Walau apapun ini bukanlah perkara wajib.




(imej anjing yang tidak bermoral)






Langkah 8.
Selepas selesai kerja menyembur permukaan botol tersebut biarkan ianya kering sendiri. Jangan jemur di tempat yang panas, kerana ianya mungkin akan menyebabkan rekahan pada bahagian yang telah disemburkan tadi.




(imej pokok limau ala bonsai)










Sekarang anda hanya menunggu cat semburan itu kering sahaja. Bila sudah kering nanti barulah anda lapkan permukaan botol tersebut dengan kain supaya kelihatan lebih bersi dan terang.




(imej pelukis yang sedang menghadapi tekanan)










Untuk pengetahuan anda semua, aktiviti melukis imej diatas permukaan botol kaca banyak sekali faedahnya, contohnya seperti;
a. mengisi waktu lapang anda

b. membangun kreativiti dan bakat anda dalam bidang lukisan

c, botol yang anda lukis boleh dijadikan bahan perhiasan rumah dan sebagainya

d.malah anda juga boleh mendapat sedikit wang kalau anda mahu menjual hasil lukisan tersebut

e. Sumbangan yang paling besar, anda juga salah seorang yang membantu menyelamatkan bumi ini dari menjadi tempat pembuangan sampah.



Ini adalah media (poster color) yang diguna untuk melukis permukaan botol kaca. Murah dan senang di dapati dari mana kedai peralatan sekolah berdekatan anda.









"PAINTING FOR THE NATURE"
By:
Suhaimi